A. | Tentang Air Minuman Kita |
|
|
1 | |
| Secara saintifik, air didefinisikan sebagai gabungan H2O semata –mata (dua atom hidrogen dan satu atom oksigen). |
|
|
2. | |
| Air
ialah asas kehidupan manusia. Ia mengawal dan menyelaras sistem
penghadaman, detoksifikasi/sistem perkumuhan dan menyelaraskan suhu
badan. Ia juga membantu mengekalkan kesihatan badan dan berat badan. |
|
|
3. | |
| Di
kebanyakan negara, air dirawat sebelum disalur kepada pengguna dan ada
yang minum air terus dari paip. Ini menunjukkan bahawa air tersebut
adalah 'selamat' atau dalam erti kata lain, 'boleh diminum'.
Di
Malaysia, walaupun saya tidak kenal sesiapa yang minum air secara terus
dari paip, tetapi kita akan terminum sedikit air paip setiap kali kita
mengosok gigi. Memandangkan kita tidak mengalami kesakitan serta-merta
atau masalah kesihatan, maka kita boleh menganggap air yang disalur ke
rumah kita adalah 'selamat' diminum. |
|
|
4. | |
| Ramai
di antara penduduk Malaysia yang saya temui kurang pasti tentang
perkara ini. Oleh itu, kita harus mempertimbangkan bahawa 'selamat'
tidak selalunya bermaksud 'sihat'. Untuk menerangkan maksudnya, satu
analogi yang selalu saya gunakan ialah: Sekiranya anda berada di sebuah
negara yang mundur, adakah anda akan pilih untuk makan di sebuah gerai
tempatan atau di sebuah kedai makanan segera berangkaian antarabangsa?
Saya percaya hampir semua orang akan setuju
bahawa makanan segera ialah pilihan 'selamat'. Akan tetapi, adakah
anda akan makan makanan segera setiap hari walaupun ia adalah selamat?
Harap–harap tidak! Oleh itu, 'selamat' tidak selalunya bersamaan dengan
sihat melalui contoh ini. |
|
|
5. | |
| Sebenarnya
ubat-ubatan farmaseutikal – termasuk ubat penenang, ubat sakit jantung
dan hormon jantina – melepasi proses rawatan air buangan yang moden
dan meresap ke dalam bekalan air minuman seluruh dunia.
Mungkin tiada kesan buruk serta-merta apabila meminum
air yang mengandungi sedikit sisa-sisa ubatan, tetapi dalam jangka
masa yang lama, ia berpotensi membawa kesan mudarat pada kesihatan
seseorang. Alasannya agak mudah: Ubat-ubatan dicipta khas untuk membawa
kesan tertentu terhadap badan munusia walaupun dalam dosej yang
rendah. |
|
|
6. | |
| Pada
saya, ini ialah ancaman kepada mana-mana negara yang penduduknya
mengambil ubat-ubatan. Badan manusia sentiasa berfungsi pada cara yang
sama, cara rawatan air juga adalah sama dan cara pembuangan ubat-ubatan
yang tidak digunakan juga adalah sama. Oleh itu, masakan kita boleh
mengharapkan keputusan yang berlainan? |
|
|
7. | |
| Setakat
hari ini, masih tidak ada permintaan secara mandat untuk menjalankan
ujian atas kandungan ubat-ubatan farmaseutikal dalam air minuman.
Sebenarnya, masih belum ada tahap keselamatan yang ditetapkan terhadap
ubat-ubatan dalam air. Walau bagaimana pun, semenjak laporan siasatan
AP selama 5 bulan dipaparkan pada bulan Mac tahun ini, perbincangan
secara aktif telah dijalankan. Saya yakin bahawa anda tidak mahu anak
anda meminum hormon jantina atau ubat-ubatan lain yang ditemui dalam
air minuman seluruh dunia. |
|
|
8. | |
| Ubat-ubatan
ialah ancaman air terkini yang dilaporkan, tetapi ia mungkin bukan
ancaman yang tunggal. Mengikut laporan Earth Day Network yang disiarkan
di CNN, 14 juta penduduk Amerika minum air yang tercemar dengan racun
rumpai setiap hari.
Di New Zealand, air bawah tanah Southland telah dikenal pasti
mengandungi paras nitrat yang semakin melebihi tahap keselamatan.
Kandungan nitrat yang tinggi berkait rapat dengan penyakit yang digelar
'Simpton Bayi Biru'. Air minuman yang mengandungi nitrat adalah sangat
merbahaya kepada bayi, ibu mengandung serta janin. |
|
|
9. | |
| Laporan
AP menunjukkan bahawa bahan disinfeksi kuat yang dikenali sebagai
klorin digunakan untuk membunuh kuman dan virus. Akan tetapi, laporan
yang sama juga menunjukkan bahawa klorin sebenarnya boleh menyebabkan
sesetengah jenis pencemar farmaseutikal menjadi lebih merbahaya. Klorin
bertindak-balas dengan bahan organik secara semula jadi dalam logi,
sungai dan punca air yang merupakan sumber bekalan air minuman. Tindak
balas ini menghasilkan bahan sampingan disinfeksi (DBP) seperti
Trihalometana.
DBP ialah penyebab penyakit kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa
orang yang minum air yang merngandungi klorin mempunyai risiko yang
lebih tinggi terhadap beberapa jenis penyakit kanser berbanding dengan
mereka yang tidak minum air yang berklorin. Ini merupakan salah satu
sebab mengapa paras DBP dikawal secara ketat di kebanyakan negara.
Mengikut kajian pekerja alam sekitar yang
diterbitkan pada tahun 2005, air paip yang disalurkan kepada 178,679,000
penduduk di 41 buah negeri di Amerika, mengandungi 44 jenis pencemar
bahan sampingan proses rawatan, penyimpanan serta penghantaran air. |
|
|
10. | |
| Hampir
70% badan manusia terdiri daripada air! Bagaimanakah kita boleh
mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya kita tidak minum air yang
'baik'? |
|
|
11. | |
| Walaupun terdapat pendapat yang bercanggahan, saya amat pasti yang kita tidak memerlukan atau mahu mineral dalam air kita.
Pertama, kebanyakan mineral dalam air adalah
tidak organik (daripada batu–batan yang berlarutan) dan sukar
diuraikan atau digunakan oleh badan kita. Kedua, walaupun badan kita
boleh menggunakannya, tiada sistem rawatan air dalam rumah yang mampu
membezakan mineral yang 'baik' seperti kalsium atau magnesium dengan
mineral yang 'buruk' seperti nitrat, arsenik, plumbum dan sebagainya.
Alam semula jadi membekalkan bumi dengan air melalui hujan atau salji yang langsung tidak mengandungi sebarang mineral. Tidak ada sebab mengapa air minuman kita mesti berbeza.
Ketiga, segelas susu mengandungi lebih
banyak kalsium daripada 500 liter air paip secara purata. Untuk mendapat
kandungan kalsium yang bersamaan dengan segelas susu, anda perlu minum
sekurang-kurangnya 500 liter air paip setiap hari, yang sememangnya
tidak mungkin berlaku. |
|
|
12. | |
| Kita
seharusnya membezakan di antara sistem penapisan air dengan sistem
penulenan air. Sistem penapisan air secara asas hanya menyingkirkan
segelintir partikel dan mungkin bau dan warna air. Tetapi, sistem
penulenan yang direka khas melakukan jauh lebih banyak daripada itu.
Tidak kira sama ada ia suatu sistem
penapisan, pancaran UV, penyulingan atau penulenan, fungsinya adalah
untuk membersih serta meningkatkan kualiti air. Oleh itu, pilihlah
sistem yang bukan sahaja mampu meningkatkan rasa atau warna tetapi mampu
menyingkirkan pencemar lain yang selalu dijumpai dalam air.
Kajilah teknologi yang digunakan, jenis
pencemar yang boleh disingkirkan, perkhidmatan selepas pembelian anda,
berapa tahun syarikat tersebut terlibat dalam perniagaan tersebut dan
adakah produk tersebut diiktiraf oleh badan berdikari antarabangsa.
Kesemua ini harus diberi perhatian. |
|
|
13. | |
| Salah satu cara terbaik untuk menghasilkan air tulen, iaitu H2O sahaja adalah melalui proses osmosis songsang (RO). |
|
|
|
|
B. | Tentang Osmosis Songsang (RO) |
|
|
1 | |
| Ia
dicipta pada awal tahun 1950. Teknologi ini mengambil masa beberapa
tahun sebelum ia disempurnakan di mana ia menyerupai proses penulenan
alam semula jadi yang unik.
Air dipaksa (dengan tekanan) melalui
membran yang istimewa dan ditulenkan ke tahap molekul. Liang yang amat
kecil (atau pembukaan) pada permukaan membran hanya membenarkan
molekul air melaluinya. Hampir kesemua pencemar termasuk sisa–sisa
ubat-ubatan tidak mampu melalui membran ini. |
|
|
2. | |
| Membran
RO yang separuh terap ini menyerupai fungsi dinding membran sel hidup.
Liang-liang dinding begitu kecil sehingga hampir kesemua pencemar
terhalang. Membran menghalang hampir kesemua pencemar (walaupun saiznya
amat kecil) dan pada masa yang sama membenarkan molekul H20 (air)
melepasinya.
Dalam sistem RO yang berkualiti tinggi, keberkesanan
liang membran adalah 0.0001 mikron ukuran garis pusat, iaitu bersamaan
dengan 500,000 kali ganda lebih kecil berbanding dengan garis pusat
rambut kita.
Berikut ialah carta yang menunjukkan saiz pelbagai pencemar air:
Pencemar | Saiz partikel |
Rambut/Abu | 20 - 80 mikron |
Bakteria | 0.1 - 3 mikron |
Virus | 0.004 - 0.1 mikron |
Bahan Kimia Bukan Organik | > 0.0001 mikron |
Logam berat terlarut/garam | > 0.0001 mikron |
|
|
|
3. | |
| RO
digunakan oleh banyak syarikat multi-nasional, terutama yang terlibat
dalam industri makanan dan minuman seperti air botol dan minuman
ringan, dan industri-industri di mana bekalan air tulen adalah sangat
penting seperti syarikat farmaseutikal dan pembuatan mikrocip. Rawatan
hemodialisis dan kilang penyahgaraman seluruh dunia, termasuk Newater
di Singapura juga menggunakan teknologi RO untuk menukar air laut
kepada air minuman. |
|
|
4. | |
| RO
boleh menyingkir partikel dan bahan terlarut sekecil 0.0001 mikron. Ia
menyingkir hampir kesemua bahan pencemar seperti pencemar biologikal,
bahan kimia organik, mineral bukan oganik, produk sampingan disinfeksi,
kesan ubat-ubatan dan lain-lain. Yang penting sekali, anda memperoleh
air tulen sahaja. |
|
|
5. | |
| Salah.
Anda mendapat apa yang anda bayar. Terdapat pelbagai gred membran RO
yang berbeza. Tambahan pula, penapis dan membran tersembunyi daripada
penglihatan, anda tidak dapat mengenal pasti jika jaminannya adalah
betul. Komponen lain dalam unit mungkin juga menyumbang kepada
pencemaran semula. Di situlah pensijilan antarabangsa menjadi faktor
penting. |
|
|
6. | |
| Pastinya
tidak! Ini adalah seperti mengatakan bahawa makanan kita terlalu
tulen, atau udara terlalu tulen! Sebenarnya, air yang tulen akan
membantu membersihkan badan kita serta menguatkan sistem badan kita. |
|
|
7. | |
| Memang benar 80% daripada makanan yang kita makan patut bersifat alkali secara semula jadi, namun bukan untuk air. Air bukan pembekal nutrien.
Air tulen secara semula jadi bersifat asid. Setitis air hujan
terbentuk dengan pH lebih kurang 5.7. Oleh itu, alam semula jadi
membekalkan air yang rendah dari segi pH. |
|
|
8. | |
| pH
air tulen tidak ada kena mengena dengan kesihatan air. Apabila anda
telan air tulen, badan anda akan menukar pHnya mengikut keperluan pada
masa itu. Oleh itu, kita tidak perlu bimbang. Sebagai contoh, jus oren
adalah 10,000 kali ganda lebih berasid daripada air RO, tetapi ia masih
minuman yang sihat! |
|
|
|
|
C. | Tentang ELKEN BIO PURE |
|
|
1 | |
| Elken
Bio Pure boleh didapati dari lebih 100 stokis di Malaysia dan enam
buah negara lain - Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Hong Kong
dan India. |
|
|
2. | |
| Sudah pasti tidak. Dalam kebanyakan kes, pertambahannya adalah kurang daripada $1 USD setiap bulan secara purata. |
|
|
3. | |
| Untuk
menghasilkan satu liter air tulen, 3 liter air disimbahkan. Walaupun
ia dilihat sebagai meggunakan banyak air berbanding dengan air tulen
yang dihasilkan, carta berikut menunjukkan jumlah kos air simbahan
harian/bulanan. Sekiranya anda tidak mahu membazir, anda boleh
mengumpul air simbahan tersebut untuk tujuan pencucian lain.
Air yang dihasilkan oleh Elken Bio Pure | Air Simbahan | Kos Air |
Sehari: 10 liter | 30 liter | *1,000 liter = RM0.57
30 liter = RM0.017 |
Sebulan: 300 liter | 900 liter | 900 liter = RM0.52 |
* Mengikut kadar bil air SYABAS terkini untuk 20 meter padu yang pertama. |
|
|
4. | |
| Elken
Bio Pure bukan sahaja menggunakan system RO iaitu system dengan
teknologi terbaik tetapi juga mendapat Mohor Emas WQA, satu daripada
mohor yang berprestij untuk kualiti dan perlaksanaan. Malah, Elken Bio
Pure adalah satu-satunya system membran yang mendapat Mohor Emas S-300
di Asia. |
|
|
5. | |
| Terdapat
pelbagai cara rawatan air yang digunakan pada hari ini, termasuk
karbon aktif , sinar ultraungu dan teknologi penulenan membran RO.
Karbon
aktif digabung dengan sinar ultraungu adalah berkesan dalam
menyingkirkan bahan kimia organik seperti racun serangga dan racun
rumpai serta pencemar biologi seperti bakteria dan virus tetapi ia tidak
berkesan dalam penyingkiran pencemar tidak organik seperti pepejal
terlarut (nitrat dan arsenik) dan logam berat seperti plumbun dan
kadmium.
Membran RO digabung dengan karbon aktif menyingkir
hampir semua pencemar termasuk mineral tidak organik, klorin dan produk
sampingan disinfeksi.
Elken Bio Pure menggunakan kedua-dua karbon aktif dan membran RO. |
|
|
6. | |
| Syarikat
menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang diiktiraf dengan sijil
ISO, yang mempunyai lebih daripada 120 orang juruteknik, 100 buah
kenderaan perkhidmatan dan 15 pusat perkhidmatan. Mereka juga
menyediakan jaminan perkhidmatan dan alat-ganti yang jati. |